Wednesday 10 April 2013

Langkah Pengurangan Kos Untuk Sabah / Sarawak

Khas buat rakan niaga Sabah & Sarawak. 


Cabaran utama peniaga adalah bagaimana untuk mengurangkan kos barang. Perkara ini akan terus berlaku kerana beberapa faktor utama seperi nilai matawang dan harga minyak sangat mempengaruhi harga. Kepada peniaga khasnya sudah pasti sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kos barang terutamanya melibatkan pembelian dari luar Sabah & Sarawak. 

Pada pandangan kami, salah satu penyebab harga barang di Sabah & Sarawak mahal adalah berpunca kos penghantaran hasil kenaikan harga minyak dari masa ke semasa. Sebagai contoh, sekiranya penghantaran dibuat untuk 1 handbag (0.6 Kg) ke Sabah / Sarawak dengan penghantaran udara adalah RM10. Bayangkan kalau tuan/puan membeli 10 handbag, maka terpaksa menanggung kos penghantaran lebih kurang RM 100. Namun tidak dinafikan bahawa kelebihannya adalah barang akan sampai dalam masa 3 hari bekerja.

Walau bagaimana pun  saya menyarankan agar jangan bazirkan wang kita untuk kos penghantaran, sedangkan sekiranya kita mempunyai alternatif lain maka budget tersebut mampu menambah 50% bilangan handbag. Saranan saya supaya kita lebih pro-aktif dan sentiasa positif dengan strategi yang dinamik. Strategi dan perancangan yang teratur dan teliti kita mampu mengurangkan kos penghantaran malah dapat menambah bilangan barangan. 


Alternatif yang saya maksudkan adalah menggunakan penggangkutan laut. Walaupun masanya 1 bulan baru sampai, namun supaya tidak kehabisan stok, maka pembelian secara berkala seperti setiap 2 bulan adalah lebih praktikal. Sebagai makluman kos penghantaran melalui laut hanya RM 1.80 untuk 1 handbag. Bukankah begitu jauh beza harganya. 

Wahai rakan niaga Sabah / Sarawak, usah risau dengan alternatif ini kerana kami sedia memberi komitmen bahkan kami bagi FOC (melalui laut sahaja) penghantaran ke Sabah & Sarawak mulai hari ini.

PENGHANTARAN PERCUMA KE SABAH / S'WAK



Semoga kita sama-sama berjaya. TK

Pelancaran Butik WeiWei Collection

1 Oktober 2019........Pelancaran Butik WeiWei Collection @ by.WeiWei.co