Monday, 26 November 2012

Mengenai Kami


Pemborong / Pengedar 

Kami mencipta peluang perniagaan untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia peniagaan. Bukan mudah untuk mencari mereka yang sudi memberi peluang dan berkongsi pandangan walaupun kami juga baru dalam erina perniagaan. Memang benar kata orang, orang Melayu sering dikaitkan kaum subsidi, suka makan gaji dan takut untuk berniaga. Biasanya bila sudah terantuk baru tegadah.  Bila kita dibuang kerja kerana syarikat tempat kita berkerja telah tutup barulah terfikir bagaimana untuk meneruskan kehidupan, dengan hutang yang masih banyak dan sebagainya.


Apa yang mampu untuk kami lakukan adalah membekalkan produk yang boleh dipasarkan, tanpa memerlukan kilang, tidak perlu pekerja, tidak rosak atau basi, tidak perlukan kemahiran. Yang penting hanyalah kesungguhan, pamirkan sikap ramah & mesra. Buang segala sifat bongkak, sombong, bosi dan sebagainya. Kami akan membekalkan barang-barang aksesori wanita seperti handbag, purse, wallet dan sebagainya. Sebenarnya diluar sana ramai dikalangan kita tercari-cari barangan yang murah, asalkan ada kualiti terutamanya bagi mereka yang suka pakai / guna untuk tempoh beberapa bulan saja. Sedikit masa dulu kaum wanita ramai memakai barangan emas yang bukan tulen, tapi bila dipakai nampak macam tulen. Mengapa mesti kita bazirkan duit untuk membeli dan memakai barangan yang mahal, sedangkan banyak lagi perkara lain yang lebih penting.


Khas untuk mereka yang ingin berniaga pasar malam / karnival / pasar rabu samada secara part-time atau full time, kami akan hantar produk tersebut sehingga ke lokasi anda dan dimana saja anda berada. Harga yang kami tawarkan mampu untuk bersaing dengan mereka yang sudah lama berniaga, bahkan kami akan mempastikan kualiti serta reka bentuk yang baru untuk memenuhi citarasa pelanggan. 

Pelancaran Butik WeiWei Collection

1 Oktober 2019........Pelancaran Butik WeiWei Collection @ by.WeiWei.co