Saturday 28 December 2013

BAG KANAK2 CUTE / CANTIK / MENARIK DI TIRAI TAHUN 2013

Salam Sejahtera,


Sebelum 2013 menutup tirai, kami menawarkan harga borong untuk bag kanak2 yang membolehkan mereka melangkah ke alam pra-sekolah dengan penuh keyakinan dan bergaya.


Inilah peluang ibu/bapa untuk mengembirakan mereka dengan menghadiahkan bag yang cantik lagi menarik.



Pasti cute-punya
Belilah segera selagi stok masih ada.





Harga BORONG dari RM9 

Sunday 29 September 2013

PROMOSI PENGHABISAN STOK (HANDBAG) - HINGGA 20% (BORONG)

Assalam mualaikum & Salam Sejahtera

Kami menawarkan potongan harga borong (Handbag) sehingga 20% kepada peniaga-peniaga maupun mereka yang baru mencuba berniaga dihujung minggu (seperti Car Boot Sale dsbnya). 


Malahan kami juga menawarkan harga borong Sabah & Sarawak sama harga Semenanjung.

Tawaran ini sah selagi stok masih ada, bermula 1 Oktober 2013.

Sekian harap maklum.

Saturday 10 August 2013

Selamat Hari Raya 1434 Hijrah



Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin. 


Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin. 

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 

Dari kami warga PemborongKL

Wednesday 15 May 2013

Produk Bulan May 13

Khas buat kaum ibu, tidak terlambat untuk kami ucapkan selamat menyambut "Hari Ibu". Ceriakan hari-hari anda dengan memberikan kebahagian kepada ibu anda dengan memberi sesuatu yang sangat bermakna kerana ingatan tulus ikhlas serta hadiah sudah pasti megembirakan mereka. Mungkin bag tangan dengan harga yang sangat berpatutan, boleh dijadikan hadiah yang istimewa untuk ibu-ibu anda. Warna hitam menjadi pilihan dalam keluaran bulan May 13 yang menjadikan anda "wahai kaum hawa" menjadi lebih anggun, berpesonaliti dan bergaya. 





Seandainya handbag tersebut menjadi pilihan untuk anda maupun ibu anda, kami sedia menghantar bag tersebut terus ke pintu rumah anda atau rumah ibu anda tidak kira di desa atau dimana saja.


Namun bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil, berumur 3 tahun hingga 7 tahun, mungkin bag kanak-kanak menjadi pilihan anda untuk dijadikan hadiah hari lahir atau untuk kegunaan harian mereka. Maka luangkanlah  masa untuk tinjau-tinjau dalam blogspot kami, dan sekiranya berminat sila hubungi kami di email: hkempire11@gmail.com atau 019-2792029 atau 013-3679921.






Yang lebih menarik lagi, pembelian runcit on-line, tiada caj penghantaran.

Wednesday 8 May 2013

Kenapa membeli-belah secara online menjadi pilihan kini? :::

Tidak kira samada anda tinggal di bandar maupun di desa. Peningkatan infrastruktur capaian internet yang disediakan oleh pihak kerajaan atau operator selular dibandar dan diluar bandar membolehkan ianya dimanafaatkan sebaik mungkin. Ianya bukan saja membantu mendapatkan maklumat malahan memudahkan segala transaksi pembayaran ke bank dan bil-bil anda. 

Kepada mereka yang ingin membeli barang-barang keperluan, ianya juga sangat berguna kerana:

  • Kita sering tidak berkesempatan untuk keluar membeli-belah di bazar-bazar atau pasaraya disebabkan kesuntukan masa.                                                                                                 

  • Anda tidak perlu menanggung kos pengangkutan, kos penggunaan petrol, bayaran toltambang, bayaran parking, dan lain-lain fee untuk membeli belah. Kos tambahan yang mungkin perlu anda tanggung hanyalah belanja penghantaran/pos sahaja (Hanya Sabah & Sarawak).
  • Anda akan mendapat produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Anda tidak perlu membayar harga untuk sewaan kedai, kos elektrik, pendingin hawa, gaji pekerja dalam harga produk yang anda beli. Anda juga masih berpeluang untuk berunding tentang harga menggunakan email (hkempire@gmail.com) atau sms 019-2792029 (azli) 013-3679921 (Kalshom)
  • Dengan kemudahan membeli belah secara online, anda tidak perlu menunggu hujung minggu atau mengambil cuti utk keluar membeli-belah. Maka gunakanlah masa tersebut untuk bersama keluarga yang tercinta.
  • Anda boleh membuat pilihan dan membeli-belah semasa berada di pejabat atau dari rumah anda sendiri tanpa mengira waktu. 

Wednesday 10 April 2013

Langkah Pengurangan Kos Untuk Sabah / Sarawak

Khas buat rakan niaga Sabah & Sarawak. 


Cabaran utama peniaga adalah bagaimana untuk mengurangkan kos barang. Perkara ini akan terus berlaku kerana beberapa faktor utama seperi nilai matawang dan harga minyak sangat mempengaruhi harga. Kepada peniaga khasnya sudah pasti sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kos barang terutamanya melibatkan pembelian dari luar Sabah & Sarawak. 

Pada pandangan kami, salah satu penyebab harga barang di Sabah & Sarawak mahal adalah berpunca kos penghantaran hasil kenaikan harga minyak dari masa ke semasa. Sebagai contoh, sekiranya penghantaran dibuat untuk 1 handbag (0.6 Kg) ke Sabah / Sarawak dengan penghantaran udara adalah RM10. Bayangkan kalau tuan/puan membeli 10 handbag, maka terpaksa menanggung kos penghantaran lebih kurang RM 100. Namun tidak dinafikan bahawa kelebihannya adalah barang akan sampai dalam masa 3 hari bekerja.

Walau bagaimana pun  saya menyarankan agar jangan bazirkan wang kita untuk kos penghantaran, sedangkan sekiranya kita mempunyai alternatif lain maka budget tersebut mampu menambah 50% bilangan handbag. Saranan saya supaya kita lebih pro-aktif dan sentiasa positif dengan strategi yang dinamik. Strategi dan perancangan yang teratur dan teliti kita mampu mengurangkan kos penghantaran malah dapat menambah bilangan barangan. 


Alternatif yang saya maksudkan adalah menggunakan penggangkutan laut. Walaupun masanya 1 bulan baru sampai, namun supaya tidak kehabisan stok, maka pembelian secara berkala seperti setiap 2 bulan adalah lebih praktikal. Sebagai makluman kos penghantaran melalui laut hanya RM 1.80 untuk 1 handbag. Bukankah begitu jauh beza harganya. 

Wahai rakan niaga Sabah / Sarawak, usah risau dengan alternatif ini kerana kami sedia memberi komitmen bahkan kami bagi FOC (melalui laut sahaja) penghantaran ke Sabah & Sarawak mulai hari ini.

PENGHANTARAN PERCUMA KE SABAH / S'WAK



Semoga kita sama-sama berjaya. TK

Tuesday 26 March 2013

Fashion Bag - New Design

Salam 1 M'sia.


Kami dari PemborongKL mewawarkan bahawa mulai hari ini penambahan fashion bag dengan design terbaru boleh didapati samada di kedai kami HK SHOP di Seksyen 4 Bukit Mahkota Bangi atau terus melayari Blogspot ini yang sentiasa di kemaskini. Nantikan pertengahan April 15, design baru akan terus bertambah.

InsyAllah, setiap 3 bulan kami akan bawa design baru dengan kualiti serta harga yang kompetatif samada untuk peniaga maupun pelanggan kami yang dibawa masuk terus dari negera pembekal seperti China dan sebagainya.

Malahan kami juga akan mewujudkan produk-produk lain untuk diborong dalam masa terdekat ini. 

Oleh itu sentisalah layari blogspot ini untuk mengetahui harga & produk terkini.
Sekian harap maklum.



Saturday 5 January 2013

Motivasi Berterusan Tahun Baru 2013


Tahun 2012 telah pun berlalu. Kini kita sudah pun berada tahun baru 2013. Berbagai pengalaman pahit manis dalam menempuhi tahun 2012. Namun sebagai manusia yang diberikan akal seharusnya terus berusaha disertai dengan doa. jadi marilah sama-sama kita lalui dengan penuh bermotivasi.
Perkembangan perolehan syarikat penulis melalui perniagaan pemborongan sudah tentu memberikan cabaran kepada penulis seterusnya memberikan pengalaman baru dalam dunia perniagaan yang penuh mencabar. Walaupun pelbagai dugaan yang telah dihadapi, hasil kerja keras yang berterusan dan doa dengan akan membuahkan hasil.
Bagi pembaca sekalian, apakah pencapaian anda pada tahun lepas? Tentu sekali ada yang membangggakan. Dan tidak kurang juga ada yang menghadapi kegagalan dalam perancangan yang telah di rancang awal tahun lepas. Memang lumrah kita sebagai manusia segala perancangan ada kejayaan dan ada juga masanya kegagalan.
Tidak kira kejayaan dan kegagalan, apa yang perlu kita buat adalah merancang dengan penuh teliti serta memperbaiki kesilapan lalu. Memang kejayaan memberikan suntikan motivasi, tetapi kegagalan perlulah juga di lalui dengan hati yang reda serta disusuli dengan pelan pembaikan agar kita boleh melangkah maju kehadapan.
Walaupun telah menjadi acara pusingan setiap tahun, perancangan perlu dibuat setiap awal tahun agar kita boleh melaksanakan secepat mungkin. Ulangi perancangan jika kita gagal pada tahun yang seterusnya. Selain daripada itu, jika kita telah lakukan kegagalan maka jangan ulangi kembali pada tahun ini.
Bagi penulis, tahun 2013 mempunyai azam yang sangat tinggi demi kejayaan dalam peniagaan melalui memberi keyakinan kepada pembeli borong / peniaga kecil dengan mempastikan kejayaan bersama. Kualiti serta harga produk merupakan perkara utama yang yang akan ditangani oleh penulis dan merupakan pemborong. Dengan membuka banyak lagi pusat borong untuk memudahkan rakan niaga (pemborong kecil) melihat serta memilih produk menjadi salah satu agenda utama dalam azam tahun 2013.
Semoga 2013 merupakan titik tolok permulaan sebuah kejayaan.
Sekian terima kasih.

Pelancaran Butik WeiWei Collection

1 Oktober 2019........Pelancaran Butik WeiWei Collection @ by.WeiWei.co