Tahun 2012 telah pun berlalu. Kini kita sudah pun berada tahun baru 2013. Berbagai pengalaman pahit manis dalam menempuhi tahun
2012. Namun sebagai manusia yang diberikan akal seharusnya terus berusaha disertai dengan doa. jadi marilah sama-sama
kita lalui dengan penuh bermotivasi.
Perkembangan perolehan syarikat penulis melalui perniagaan pemborongan sudah tentu memberikan cabaran kepada penulis seterusnya
memberikan pengalaman baru dalam dunia perniagaan yang penuh mencabar.
Walaupun pelbagai dugaan yang telah dihadapi, hasil kerja keras yang
berterusan dan doa dengan akan membuahkan hasil.
Bagi pembaca sekalian, apakah pencapaian anda pada tahun lepas?
Tentu sekali ada yang membangggakan. Dan tidak kurang juga ada yang
menghadapi kegagalan dalam perancangan yang telah di rancang awal
tahun lepas. Memang lumrah kita sebagai manusia segala perancangan ada kejayaan
dan ada juga masanya kegagalan.
Tidak kira kejayaan dan kegagalan, apa yang perlu kita buat
adalah merancang dengan penuh teliti serta memperbaiki kesilapan lalu. Memang
kejayaan memberikan suntikan motivasi, tetapi kegagalan perlulah juga di
lalui dengan hati yang reda serta disusuli dengan pelan pembaikan agar kita
boleh melangkah maju kehadapan.
Walaupun telah menjadi acara pusingan setiap tahun,
perancangan perlu dibuat setiap awal tahun agar kita boleh melaksanakan
secepat mungkin. Ulangi perancangan jika kita gagal pada tahun yang seterusnya.
Selain daripada itu, jika kita telah lakukan kegagalan maka jangan ulangi
kembali pada tahun ini.
Bagi penulis, tahun 2013 mempunyai azam yang sangat tinggi demi kejayaan dalam peniagaan melalui memberi keyakinan kepada pembeli borong / peniaga kecil dengan mempastikan kejayaan bersama. Kualiti serta harga produk merupakan perkara utama yang yang akan ditangani oleh penulis dan merupakan pemborong. Dengan membuka banyak lagi pusat borong untuk memudahkan rakan niaga (pemborong kecil) melihat serta memilih produk menjadi salah satu agenda utama dalam azam tahun 2013.
Semoga 2013 merupakan titik tolok permulaan sebuah kejayaan.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment