Saturday, 5 January 2013

Motivasi Berterusan Tahun Baru 2013


Tahun 2012 telah pun berlalu. Kini kita sudah pun berada tahun baru 2013. Berbagai pengalaman pahit manis dalam menempuhi tahun 2012. Namun sebagai manusia yang diberikan akal seharusnya terus berusaha disertai dengan doa. jadi marilah sama-sama kita lalui dengan penuh bermotivasi.
Perkembangan perolehan syarikat penulis melalui perniagaan pemborongan sudah tentu memberikan cabaran kepada penulis seterusnya memberikan pengalaman baru dalam dunia perniagaan yang penuh mencabar. Walaupun pelbagai dugaan yang telah dihadapi, hasil kerja keras yang berterusan dan doa dengan akan membuahkan hasil.
Bagi pembaca sekalian, apakah pencapaian anda pada tahun lepas? Tentu sekali ada yang membangggakan. Dan tidak kurang juga ada yang menghadapi kegagalan dalam perancangan yang telah di rancang awal tahun lepas. Memang lumrah kita sebagai manusia segala perancangan ada kejayaan dan ada juga masanya kegagalan.
Tidak kira kejayaan dan kegagalan, apa yang perlu kita buat adalah merancang dengan penuh teliti serta memperbaiki kesilapan lalu. Memang kejayaan memberikan suntikan motivasi, tetapi kegagalan perlulah juga di lalui dengan hati yang reda serta disusuli dengan pelan pembaikan agar kita boleh melangkah maju kehadapan.
Walaupun telah menjadi acara pusingan setiap tahun, perancangan perlu dibuat setiap awal tahun agar kita boleh melaksanakan secepat mungkin. Ulangi perancangan jika kita gagal pada tahun yang seterusnya. Selain daripada itu, jika kita telah lakukan kegagalan maka jangan ulangi kembali pada tahun ini.
Bagi penulis, tahun 2013 mempunyai azam yang sangat tinggi demi kejayaan dalam peniagaan melalui memberi keyakinan kepada pembeli borong / peniaga kecil dengan mempastikan kejayaan bersama. Kualiti serta harga produk merupakan perkara utama yang yang akan ditangani oleh penulis dan merupakan pemborong. Dengan membuka banyak lagi pusat borong untuk memudahkan rakan niaga (pemborong kecil) melihat serta memilih produk menjadi salah satu agenda utama dalam azam tahun 2013.
Semoga 2013 merupakan titik tolok permulaan sebuah kejayaan.
Sekian terima kasih.

Monday, 26 November 2012

Mengenai Kami


Pemborong / Pengedar 

Kami mencipta peluang perniagaan untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia peniagaan. Bukan mudah untuk mencari mereka yang sudi memberi peluang dan berkongsi pandangan walaupun kami juga baru dalam erina perniagaan. Memang benar kata orang, orang Melayu sering dikaitkan kaum subsidi, suka makan gaji dan takut untuk berniaga. Biasanya bila sudah terantuk baru tegadah.  Bila kita dibuang kerja kerana syarikat tempat kita berkerja telah tutup barulah terfikir bagaimana untuk meneruskan kehidupan, dengan hutang yang masih banyak dan sebagainya.


Apa yang mampu untuk kami lakukan adalah membekalkan produk yang boleh dipasarkan, tanpa memerlukan kilang, tidak perlu pekerja, tidak rosak atau basi, tidak perlukan kemahiran. Yang penting hanyalah kesungguhan, pamirkan sikap ramah & mesra. Buang segala sifat bongkak, sombong, bosi dan sebagainya. Kami akan membekalkan barang-barang aksesori wanita seperti handbag, purse, wallet dan sebagainya. Sebenarnya diluar sana ramai dikalangan kita tercari-cari barangan yang murah, asalkan ada kualiti terutamanya bagi mereka yang suka pakai / guna untuk tempoh beberapa bulan saja. Sedikit masa dulu kaum wanita ramai memakai barangan emas yang bukan tulen, tapi bila dipakai nampak macam tulen. Mengapa mesti kita bazirkan duit untuk membeli dan memakai barangan yang mahal, sedangkan banyak lagi perkara lain yang lebih penting.


Khas untuk mereka yang ingin berniaga pasar malam / karnival / pasar rabu samada secara part-time atau full time, kami akan hantar produk tersebut sehingga ke lokasi anda dan dimana saja anda berada. Harga yang kami tawarkan mampu untuk bersaing dengan mereka yang sudah lama berniaga, bahkan kami akan mempastikan kualiti serta reka bentuk yang baru untuk memenuhi citarasa pelanggan. 

Pelancaran Butik WeiWei Collection

1 Oktober 2019........Pelancaran Butik WeiWei Collection @ by.WeiWei.co